Sean Stone, seorang pengarah filem dokumentasi Amerika Syarikat, anak lelaki Oliver Stone yang juga produser filem terkemuka Amerika, memeluk agama Islam.
Mehr News (14/2) melaporkan, Sean berkunjung ke Iran dalam rangka merakam filem dokumentasi tentang Iran, dan hari Selasa (14/2) ia menyatakan memeluk agama Islam, di kota Isfahan.
Dalam wawancaranya dengan AFP, Sean menyatakan bahawa peralihan ke agama Islam itu bererti dia telah menerima Muhammad sebagai nabi di antara nabi-nabi lainnya.
Ayah Sean, yaitu Oliver Stone adalah seorang Yahudi dan ibunya seorang Kristian. Produser filem dokumentari berusia 27 tahun itu sebelumnya pernah tampil singkat dalam filem-filem produksi ayahnya.
Sean memilih nama Ali dan ia memilih mazhab Syiah.

0 comments:
Post a Comment